Wednesday, November 18, 2009

Imran operation lagi skali

Assalamualaikum semua saudara mara sekalian,

Minggu ini pada hari jumaat 20 hb November 2009, adik saya imran akan menjalani operation untuk melepaskan tangannya dari perutnya. Bersama2lah kita semua berdoa semoga pembedahan kali ini berjalan dengan lancar dan mengeluarkan hasil yang baik.
Kepada yang telah melawat imran, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan semangat kepada Muhammad Imran bin Ghazali.
Semoga doa kita diterima ALLAH.
Insyaallah.


Wednesday, November 11, 2009

Selamat Hari Lahir Imran.........


akum............
aper kabar....
Selamat Hari Lahir....IMraN ...ke 20......
Semoga d panjangkan Umur , d murahkan rezeki N d permudahkan segala urusan....
Kuatkan semangat N Tabah menghadapi semua dugaan..........
Smoga berjaya dalam pelajaran....
Drpd Mak LoNg SekeLuaRgA....

Monday, November 9, 2009


SELAMAT HARI LAHIR..KE 12.....ADILLA
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI N
DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN..........
DRPD...MAK LONG SEKELUARGA

Sunday, November 1, 2009

Operation Imran

Untuk pengetahuan semua, Imran telah menjalankan operation untuk tangan kanannya pada hari khamis 30 hb Oktober 2009, pembedahan itu mengambil masa hampir 10 jam (tengah hari 12 lebih sampai 10 malam). walaupun bembedahan itu dikatakan telah berakhir dengan selamat, mengikut pemeriksaan Dr. pada hari sabtu 31 hb Oktober 2009 mendapati terdapat sedikit masalah dengan pengaliran darah dan memerlukan tindakan segera. Dr. telah menjalankan operation lagi sekali pada 12 tgh malam itu dan berakhir dengan selamat. Kali ini keadaan imran dapat dilihat lebih segar dan sihat berbanding dengan keadaannya selepas pembedahan kali pertama.
Semoga kita semua dapat berdoa untuk imran, agar dia cepat sembuh dan mengharapkan tiada lagi masalah yang timbul selepas ini.

Kepada yang ingin melawat imran boleh lah datang ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Di sebelah UM, Ward 8U Tingkat 8, katil 11.