Untuk pengetahuan semua, Imran telah menjalankan operation untuk tangan kanannya pada hari khamis 30 hb Oktober 2009, pembedahan itu mengambil masa hampir 10 jam (tengah hari 12 lebih sampai 10 malam). walaupun bembedahan itu dikatakan telah berakhir dengan selamat, mengikut pemeriksaan Dr. pada hari sabtu 31 hb Oktober 2009 mendapati terdapat sedikit masalah dengan pengaliran darah dan memerlukan tindakan segera. Dr. telah menjalankan operation lagi sekali pada 12 tgh malam itu dan berakhir dengan selamat. Kali ini keadaan imran dapat dilihat lebih segar dan sihat berbanding dengan keadaannya selepas pembedahan kali pertama.
Semoga kita semua dapat berdoa untuk imran, agar dia cepat sembuh dan mengharapkan tiada lagi masalah yang timbul selepas ini.
Kepada yang ingin melawat imran boleh lah datang ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Di sebelah UM, Ward 8U Tingkat 8, katil 11.
No comments:
Post a Comment